Jul222011
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

Suara Menuntut Kebenaran

(Updated in English version)

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini.

Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi. Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik. Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita. Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.  Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya  dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau ‘model’ negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”. Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”.  Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, ‘Berhentilah! Cukuplah’! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya  hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris ‘OIC’). Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia.  Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut.  Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu  tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi  berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu ‘di-remodel’ sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa.  Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan ‘’Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu’. Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ‘komunalis’, yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ‘Islamik’ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai misi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ‘menjangkit’ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian  dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.

 

 

Ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Majlis Pelancaran AMANAH, Hari Jumaat, 22 Julai 2011, 9.00 pagi di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

 


 

“A PLEA FOR TRUTH, JUSTICE & MODERATION”

Allow me to bid all of you, dear Associates and friends, a very warm welcome to this launching ceremony of Angkatan Amanah Merdeka or in short AMANAH. I am deeply grateful for your attendance today. I believe that as we start out on this journey we will have some extremely important choices to make before us – choices that we must make even against all odds. This morning can just be another interesting social event in the Malaysian landscape or it could be the start of something unprecedented that it could alter the course of our country’s future and directions.

2.   Let me state unequivocally that I love my country dearly as I am sure all of you do too. We are not gathered here today to start a protest movement and neither are we here to play politics. We are here  because many of us are genuinely very concerned, grieved and saddened by what is now happening in this beloved country of ours. Right-thinking and fair-minded Malaysians must no longer stand by in passive and courteous submission to or acceptance of the situations created over the years by such horrible misdeeds as corruption, cronyism and communalism; we must act quickly before they reach a stage of no return leading ultimately to the total destruction of the very fabric of our social, moral, cultural, legal and constitutional foundation on which this nation of ours has sustained all these years. We must not wait before it will be too late for us to change.

3.    We are here because we need that voice of conscience for the nation, to articulate our voice for the nation, to engage the authorities in a democratic fashion as guarded and guided by our constitutional rules and our common tradition as peace-loving rakyat. We must never allow acts of political manipulation of any kind and from any quarters to divide the majority with policies and decisions that deliberately cater to the interests of the minority. From the time of pre-independence right through the past 54 years, Malaysia has proven that its people can co-exist in a spirit of unity, harmony and tolerance. The tolerance among our people has been exceptional and if we look at our beginnings, racial interaction and religious tolerance have never been our problems. Time and again, Malaysia has been cited by the international community as a model of interethnic co-existence. It is this spirit, this model of racial unity as the foundation of our national solidarity, that we must all strive to restore and preserve. If today this spirit is seriously lacking – as we are seeing it happening daily - then something must have gone very wrong in the governance of this nation. I say that it is time to stop this terrible spiral downward trend. Let us not allow a denial of the situation to cover up the reality of the situation.

4.    I have watched with great alarm the worrying deterioration of inter-racial and inter-religious harmony in recent years and if I add to this the actions of some groups and individuals to unobtrusively, perhaps deliberately destroy the institutions of unity in our country to serve their own interests, I must confess to you that I am deeply troubled.

5.    For too long, those of us who belong to the voices of moderation have stood aside and avoided the spectre of confrontation because we wanted to just live our individual lives that are free from problems and unnecessary troubles. Such an attitude is no longer acceptable because standing back now would result in dire and irreversible consequences.

6.    This is the time for the silent majority to make their voices heard. This is the time for the quiet family man to join in the chorus of voices and say , "We want the truth and not a facade of deceptions." This is the time for the quiet housewife to say, "I want a future for my young son and daughter that is free from problems created by various political, economic and social interest-groups and individuals". This is the time for the young working adult to say, "We want to know where our country is headed to and we want to know that the choices are right!".  Yes, this is the time for you and I to say NO to the massive corruption and racial discord, the latter is being spread under the guise of religious and racial protection. Say "Enough is enough”.  At no other time in the history of Malaysia is this need to stand up against such situations as urgent as the present.

7.    When our beloved father of independence Almarhum Tunku Abdul Rahman founded Malaysia, he talked of the different races as part of one big happy family. He said, something to the effect that “If we really want to come together as a family and live under one roof called Malaysia, we must be sincere with one another – Malay, Chinese, Indian, Dayak, Kadazan, Siamese and others – Muslim, Buddhist, Hindu, Christian, etc. If we are sincere, then we cannot say anything that will hurt one another. We cannot also do anything that will hurt each other. As sincere members of one family, we must always be there to help one another. The rich must help the poor and the successful must help the unfortunate. Only then can we be one people and a country that is united and strong. Everyone will be happy. Only then will Malaysia be respected by the world…..”

8.    What powerful words of simplicity and wisdom. He intended for us to live in this manner as one big happy family. After 54 years, where are we? Are we already living as one big family? As I have said, if we are not, then something must be very wrong! We cannot wait any longer for us to take our country back on course. We must do something and do it now!! Every right-thinking Malaysian must be a part of this move to have our voices heard and it must be loud and clear.

9. Tunku Abdul Rahman practiced what he preached.  Since the government did not have too much money at the time, he successfully persuaded his non-Muslim friends and others to contribute to the building fund of the national .mosque.  The mosque was built  only at a cost of RM10 million.  It is not only a tribute to the Tunku but also became a symbol of  Muslim and non-Muslim cooperation to help forge a better understanding between the various different ethnic and religious groups in the country.  The Tunku also persevered to bring peoples of different Islamic countries together for the promotion of economic cooperation, peace and stability.  Finally, the idea that he floated became a reality when he successfully brought together people of 52 Islamic nations, big and small, rich and poor, as an organisation of Islamic countries after he obtained the endorsement of the late King Faisal of Saudi Arabia. to form the Organisation of Islamic Conference.  This organisation now stands as a monument to the Tunku for  his tireless effort to bring solidarity .to the Islamic people.

10. In the field of sports, Tunku promoted football, badminton, sepak takraw, golf, etc.  I cannot help but repeat what I have said at some other functions how sports was promoted by the Tunku as a means to instill team spirit and togetherness in this country.  “Thinking of football, Tunku managed to bring teams from the Middle East and across Asia to play in Kuala Lumpur in the Merdeka tournament. Teams from  South Korea and Japan came to participate and  we defeated them routinely.  Today our FIFA ranking is 157 out of 203 countries.  That puts us below Maldives whose ranking is at 149, the smallest country in Asia with just 400,000 people living about 1.5 meters above sea level.  In ASEAN we are behind Indonesia, Thailand, Singapore, whom we used to dominate.  The names of our football heroes used to roll off the tongues of our school children and they copied them on the school field.  Where are they now?  The likes of Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong and Mokhtar Dahari?  It was not about being the best in the world, but about being passionate and devoted to the game. Similarly, we used to see little kampung boys hit the shuttle cocks with broken rackets at the back of their dilapidated kampung  houses calling themselves Wong Peng Soon.  Yes, Peng Soon was a Malayan hero, just like our football heroes.  Now we do not have an iota of that feeling.”  Where have they all gone?

11.    “Our achievements in achieving growth with equity were recognized around the world.  Our peer group in the economic development were South Korea, Hong Kong, Singapore and Taiwan and we led the pack.  I remember when we used to receive South Korean delegations coming to learn a thing or two from us about development.  Now, unfortunately, we have fallen far behind this group.  And today, we are entering the peer group of Cambodia, Myanmar and the Philippines as an investment destination.  Without a doubt Malaysia is slipping.  Yet we are gathered here in comfort.  People say it is due less to good management than to the extraordinary wealth of this country.  Malaysia is blessed with immense resources, both natural, cultural and social but, unfortunately, due to this mismanagement and corruption, we are declining.”  Yes, people say Malaysia is rich, but compared to its neighbours we are still relatively not free.

12.    When Tunku declared independence for this country 54 years ago, we were told that Malaysia  will be a Parliamentary democracy with an independent judiciary.

13.    I pray that you will no longer stand back and be mere uncommitted spectators to watch things move, thinking that others will do what is necessary. If we do this, we will be living in a fool's paradise and will deserve the consequences when they come. We have to make that difference and if we want to make that difference, I would like you to join us in this move that we are starting. For the sake of your children and your children's children, we cannot afford to fail!!

14.    We are starting an NGO called Angkatan Amanah MERDEKA (in short AMANAH) to mobilize our voices and our efforts and to make this an avenue of the new Spirit of Malaysia. It will be a voice of solidarity and truth and we will stand unwaveringly against the ills of corruption, cronyism,  communalism, extremism and extravagance. We will say national interest and the interest of the rakyat first. This is our primary objective. All other policy priorities, decisions and choices must be subject to this primary national objective.

15.   The conditions of the poor and the impoverished, especially in the rural areas – they still form the majority of our population - must be uplifted through systematic and systemic policy planning and decisions, and not through hollow slogan chanting. The legacy and vision of Tun Razak’s policies of rural development, eradication of poverty irrespective of race and colour, and an overall national policy of socio-economic development based on the principles of Justice, Fairness and Balance across all sectors, will have to be revisited and remodeled if need be. We will relentlessly promote Almarhum Tunku's vision of the “One Happy Malaysian family”. We will ensure that the basic or fundamental rights of the rakyat, rights that are not only defined in the Constitution but more importantly rights that are embedded in and shared by our religious, moral and cultural traditions, are promoted and observed as a function of the Nation.

16.    I will personally go to every corner of this great country of ours (and I would ask you to come along with me) to bring down the barriers of discord, suspicion and insensitivities. I know that the Malays – and the other communities – are not ‘racists’ but the Malays and the others are becoming communalists because they have been manipulated to  behave and think and act as communalists. To the Malays such behavior and attitude of mind is totally against the teachings of Islam. And when the Malays become less Islamic they tend towards ‘racialism’, going back to the age of jahiliah, the age of Ignorance before the Prophet Muhammad (P.B.U.H.) preached against that “jahiliahism”.

17.    We can and we will pledge ourselves to uphold integrity and we must not fail in this urgent quest to bring back the core values of acceptance and unity.

18.    The people want change and anticipate change and there is great urgency for us to move in that direction. It is now up to all of us, you and I, to make a difference. I would like to encourage you to get family members and friends to help us secure their support for this noble endeavor. Encourage them to continue to send this out to their friends. Let us make this a move of 'viral' proportions! No longer should the silent majority be taken for granted in a country that we are so proud of and cherish. Thank you my valued Associates and friends for giving me this chance to be heard. Let us not fail in this endeavor or labour of love for our country!

19.   Let me end with a quote from that great man, Nelson Mandela. He says “Let there be justice for all, Let there be peace for all; Let there be work, bread, water and salt for all. Let each know that for each person - the body, the mind and the soul have been freed to fulfill themselves.” Mandela’s message is in fact a reiteration of a message of the universal mankind, a message that is true at all times and a message that is inherently, a human fitrah or human nature, shared by all of us, all of mankind. Let this be our call to strive for excellence – that every Malaysian will be given a platform for freedom and fulfillment.

20.    Managed correctly and sincerely, this great nation of ours can be a platform of prosperity and peace for all Malaysians. Thank you.

 

 

Last Updated on Oct112011