Jan302009
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

The mould is broken

 

The mould is broken, the vessel split. There is no return to the political scenario pre March 8. This is the frightening and also exhilarating thing about where we stand. We could be standing at the edge of long-term instability and decay. Or we could be on the very edge of an opportunity to re-establish ourselves as democratic, united and confident country ready once more to make our own destiny among the nations. We are in unusual times, calling for unusual effort and boldness in doing the right thing. I ask you all to join me in doing everything you can to make sure that the second scenario comes true for us all.

I spoke these words in July last year. I said our leaders must emerge from denial to face the urgent need to reform and re-make core national institutions which had decayed or been subverted. Institutions such as Umno and the police.

UMNO appears trapped with weakened leadership that seems stuck fighting crises week by week. The Party has so degenerated that it is  now neither able to hold its leadership accountable nor to renew that leadership. Any organisation, be it a corporation or a sepak takraw team or the United Nations, that finds itself in this condition is in deep trouble. The root of this crisis is of course that democracy has withered in UMNO. Democratic processes within the party have been subverted one by one over the years so that now a small group holds enormous power over millions of dies-empowered members. The top down nature of power within Umno ensures the long survival and indeed the recycling of certain “warlords”. These same people are rewarded with government positions, which they use to fortify their party positions. Only a genuine movement from the grassroots can retrieve the Party. I have tried to lead such a movement by going all over the country to meet local leaders and ordinary party members to discuss the situation with them.

Our key institutions are at breaking point. These include the judiciary, the police, sectors of the civil service and our schools and universities. They have been on a downward slide for a while. It is time we acknowledge this challenge openly. Under a more authoritarian government it might have been possible to carry on with poor institutions, and indeed that same authoritarianism is what weakened those institutions in the first place. In the present political landscape, those weaknesses just show up relentlessly. Put together institutional weakness, weak leadership and an increasingly powerful public opinion, and you get a dangerous loss of confidence in our key institutions. Many of the embarrassments and policy reversals that you read about weekly are the result of such institutional weakness. They can’t be hidden anymore. We are in danger of going into a decline from which we shall not emerge for a very long time.

The full text of this address is here.  My speeches and statements over the past year have been posted retroactively, according to their dates of presentation. Please find them under Statements here.


Periuk pecah dan kini nasi bersepah. Tiada jalan pulang ke senario politik pra-8hb Mac. Sekali gus, di takah ini, kita berasa gayat bercampur keterujaan. Berkemungkinan kita di ambang ketidakstabilan dan kemerosotan jangka panjang. Namun, boleh jadi, kita berpeluang memantapkan semula diri sebagai negara yang demokratik, bersatu lagi yakin serta kembali bersedia menentukan nasib sendiri dalam kalangan bangsa-bangsa di dunia. Ini tempoh luar biasa yang memerlukan kita memiliki keutuhan dalam berusaha, serta keberanian yang luar biasa untuk melakukan hal yang wajar-wajar sahaja. Maka saya menyeru agar anda semua menyertai saya berusaha habis-habisan demi memastikan senario kedua menjadi kenyataan bagi kita.

Hal ini pernah saya luahkan pada Julai 2008, tatkala saya tegaskan betapa para pemimpin kita perlu merobekkan kepompong penafian demi memenuhi keperluan menjalankan reformasi dan membina semula kesemua institusi nasional seperti Umno serta pasukan polis yang mengalami kemerosotan atau telah dihakiskan keberkesanannya .

UMNO seolah-olah terjebak oleh kepimpinan yang goyah lagi lesu yang berselimut kain cukin lantas senantiasa menghadapi krisis. Demikian merosot dan tidak bergiginya Parti ini yang kini sudah tak mampu memaksa pucuk pimpinan bertanggungjawab mahupun membaharui kepimpinan tersebut. Mana-mana organisasi yang mengalami dilema “telan termengkelan, nak diludahkan tak keluar” sedemikian, baik korporat, pasukan sepak takraw mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sememangnya bermasalah teramat rumit. Pudar serta longlainya demokrasi dalam UMNO ialah punca krisis ini. Sudah bertahun-tahun, satu demi satu proses demokrasi dalam parti terhakis sehingga yang ada cuma kumpulan kecil yang berkewenangan terlalu besar atas berjuta orang anggota yang sudah dikembiri. Struktur kuasa ala piramid dalam Umno memastikan agar berpanjangan kemandirian serta daya kitar semula sesetengah ‘panglima perang’ tertentu. Kalangan insan itu juga yang beroleh ganjaran berupa kedudukan penting dalam kerajaan yang mereka jadikan kubu demi menguatkan kedudukan mereka dalam parti. Maka, jika ada pergerakan sewajarnya dari peringkat akar umbi, barulah Parti boleh diselamatkan. Dalam usaha memimpin pergerakan sedemikian, saya menjelajah seantero negara kita ini untuk menemui dan berbincang dengan para pemimpin tempatan dan anggota biasa parti.

Beberapa institusi penting sedang retak menunggu ranap. Antaranya ialah sektor kehakiman, polis, perkhidmatan awam serta rangkaian sekolah dan universiti. Trend kemerosotan ini sudah agak lama juga maka sudah tiba masanya kita mengakui betapa kita mesti menghadapinya secara terbuka. Mungkin institusi-institusi yang berprestasi lemah sedemikian boleh dibiarkan terus begitu seandainya kita di bawah pemerintahan autoritarian waima jurus sikap autoritarian sebegitulah yang sebenarnya melemahkan institusi-institusi itu pada asalnya pun. Dan dalam landskap politik yang ada kinilah, kian kerap dan tak putus-putus bercendawannya pelbagai kelemahan sedemikian. Adunan perencah berupa kelemahan institusi, kepimpinan yang goyah dan pendapat umum yang semakin lantang lagi berbisa pastinya merumuskan gejala berbahaya iaitu keadaan hilang keyakinan di institusi-institusi penting kita seperti tersebut. Kelemahan institusilah pencetus banyak antara aib di muka serta kebalikan dasar yang hampir setiap minggu terpapar di halaman akhbar-akhbar. Tentunya nyiru tak mampu lagi menyorokkan bangkai gajah, bukan? Kita dalam bahaya. Tersandung bererti kita kelak terjerumus dan pasti sukar meloloskan diri daripada jurang amat dalam itu buat masa yang lama.

Teks penuh ucapan ini dalam Bahasa Inggeris terdapat di sini. Siri ucapan serta kenyataan saya sepanjang tempoh setahun nan lalu kini dimasukkan secara retroaktif menurut urutan tarikh penyampaiannya. Sila dapatkannya di bawah label “Statements and Releases” di sini.