Nov032011
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

Guna Pakai Pendekatan Holistik, Bersepadu Dalam Merancang Bekalan Tenaga Masa Depan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) - Malaysia seharusnya mengguna pakai pendekatan yang holistik dan bersepadu dalam perancangan bekalan elektrik masa depan, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini termasuk bukan hanya mendapatkan bekalan pada kos yang berpatutan tetapi juga isu-isu yang menjejaskan perkembangan seperti pengagihan pendapatan dan kemampanan serta meningkatnya kebimbangan seperti degradasi alam sekitar dan pengeluaran karbon.

"Dalam mencapai rangka kerja yang menggalakkan yang mana ini boleh dilakukan, kita mesti belajar dari kejayaan dan kesilapan lalu," kata beliau dalam satu majlis di sini Rabu.

Razaleigh berkata dalam memenuhi permintaan masa depan tenaga elektrik, adalah penting untuk mempunyai proses tender terbuka dan telus untuk pengaturan pengeluar kuasa persendirian (IPP) di masa hadapan.

Beliau berkata ini akan membolehkan penetapan harga yang lebih berdaya saing untuk tenaga elektrik dan pada masa yang sama turut memenuhi keperluan untuk sumber bersih, terjamin dan tenaga mampan.

"Margin keuntungan yang agak relatif seharusnya dirunding dengan IPP ini untuk kepentingan negara, yang mana boleh diterjemahkan kepada unit penjimatan kos untuk pengguna," kata beliau.

Terdahulu, Razaleigh telah menyerahkan alat bantuan pendengaran dan pelajaran, cermin mata buatan khas dan kerusi roda kepada kanak-kanak kurang upaya.

 

Credit to Bernama

link:http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=624249