Apr092012
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

Sime Darby, MMC, PERNAS, Petronas (Video)

Lebih dari separuh umur saya, kehidupan saya banyak melibatkan hubungan dengan rakyat. Baik di sektor korporat mahupun politik. Ianya berlaku dengan sekelip mata. Dari mula penglibatan saya semasa belajar di Queen's University sehingga ke hari ini.

Pada pertengahan bulan Mac 2012 yang lepas, saya telah dijemput untuk bersama-sama dalam satu majlis dialog bersama usahawan-usahawan muda. Sesuatu peluang yang bernilai dan saya amat hargai. Berkongsi pengalaman dan pandangan saya mengenai banyak perkara yang telah saya lalui.

Antaranya : Kehidupan di Zaman Pemerintahan Jepun, Kenangan bersama Mendiang Bapa saya, pertemuan dan rundingan tidak langsung saya dengan rakan-rakan Indonesia ketika "Konfrantasi" Malaysia-Indonesia, dan jua pertemuan saya dengan Mendiang Zhou En-Lai, Perdana Menteri China ketika mengetuai delegasi perdagangan pertama ke Negeri China.

Saya juga berkongsi pengalaman mengenai pengambilalihan beberapa syarikat-syarikat yang memlilki industri penting negara ketika itu, Sime Darby, Guthrie, Highlands and Lowlands, London Tin Co. (sekarang dikenali sebagai MMC - Malaysian Mining Corporation), detik-detik awal sebelum dan semasa Penubuhan Petronas, keperitan dan kepayahan berunding dengan syarikat-syarikat gergasi minyak.

 

Berikut adalah rakaman video dialog tersebut (dalam bahasa Inggeris)

 

Dim lights Embed Embed this video on your site

 

Dim lights Embed Embed this video on your site

 

Dim lights Embed Embed this video on your site