In Parliament

Sep242011
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

 

Hari Selasa, 4.10.11

1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana benarnya krisis ekonomi yang melanda  Amerika dan Eropah tidak menjejaskan kestabilan serta perkembangan ekonomi negara sebagaimana dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan lalu.

Last Updated on Oct022011
 
Sep242011
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

 

Hari Selasa, 8.3.11

1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta  Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah pengundi baru yang telah mendaftar sebagai pengundi dan apakah rancangan kerajaan mempastikan setiap penduduk berusia 21 tahun ke atas didaftarkan sebagai pengundi.  Sila berikan pecahan pengundi baru yang berdaftar di bandar berbanding dengan yang berdaftar di luar bandar.

 

Hari Selasa, 15.3.11

2. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana benarnya dakwaan sebuah badan kajian antarabangsa yang menyebut lebih RM8,000 juta disalur/seludup keluar negara secara haram sejak awal tahun 2000 lagi walaupun kerajaan telah mengetatkan kawalan keluar masuk wang.  Apakah sebabnya ini boleh berlaku.

Last Updated on Oct022011
   
Sep242011
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

Hari Selasa, 14.6.11

1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan samada PETRONAS diarah mensyaratkan jurujual dan pembeli minyak mentah dan gas asli cecair untuk membantu meningkatkan pelaburan dalam negara, memindah teknoloji terpilih, membuka pasaran untuk ekspot kita dan apakah hasil dari tindakan ini dan senaraikan pemilik syarikat-syarikat jurujual tersebut.

 

Hari Selasa, 21.6.11

2. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)  minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan apakah beliau sedar tentang ancaman krisis makanan global. Berapakah jumlah stok simpanan makanan utama dan apakah langkah-langkah kerajaan dalam menghadapi situasi tersebut.

   
Sep132006
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2007. Saya menaruh harapan belanjawan ini akan dapat memberi kekuatan kepada kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat Malaysia. Apatah lagi cabaran yang dihadapi oleh negara bertambah besar.

Kita adalah sebuah negara kecil. Jumlah wang yang akan kita gunakan bagi tujuan pembangunan dan mengurus sebanyak RM159.4 bilion iaitu sekitar USD40 bilion bukanlah angka yang terlalu besar kalau dibandingkan dengan belanjawan beberapa buah syarikat multinasional dunia ataupun rangkaian pasar raya di beberapa buah negara yang maju, sudah tentu angka ini semakin kecil di dalam keadaan pergolakan dunia yang semakin tidak menentu. Peperangan di Timur Tengah terus melonjakkan harga minyak dunia yang sekali gus menaikkan kos dalam pelbagai barangan dan perkhidmatan. Manakala isu keganasan antarabangsa turut mendesak pelbagai kos lain seperti yang berkaitan dengan keselamatan, pengangkutan, insurans dan sebagainya boleh menjejaskan urusan perdagangan kita. Kita, negara perdagangan yang sangat terdedah kepada keadaan dunia. Tidak dinafikan kenaikan harga minyak tidak semestinya buruk buat kita. Selain kita masih lagi sebagai negara pengeksport bersih minyak iaitu nett exporter yang memberi keuntungan kepada Petronas, kenaikan harga minyak turut membuahkan nikmat kepada penanam kelapa sawit dan getah kita.

Last Updated on Oct022011
   
Nov032003
PDFPrintE-mail
Tengku Razaleigh Hamzah

 

1. Saya bangun untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menimbang dan menyokong usul percaya terhadap Perdana Menteri kita yang Kelima. Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, di atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri kita. Saya berdoa, mudah-mudahan beliau dan pentadbiran barunya diberi petunjuk untuk mengatasi apa jua masalah dalam membina Negara yang lebih maju, makmur dan diredhai Allah.

2. Saya percaya, negara kita akan terus menjadi tempat terbaik untuk kita diami. Apa yang kita nikmati dan banggakan hari ini, ialah kerana adanya asa kukuh yang ditinggalkan oleh mereka sebelum kita. Kita tidak menjadi komunis kerana kejayaan orang terdahulu menolak ideologi itu dengan apa cara sekali pun. Kita berjaya mengatasi konfrontasi dengan negara jiran dan mengukuhkan konsep negara Malaysia di atas persepakatan kita dengan saudara kita dari Malaysia Timur. Kita terima kepahitan perpisahan dengan Singapura atas keyakinan majoriti kita, bahawa, itulah cara yang terbaik untuk keutuhan orang Melayu dan kestabilan negara kita. Kita mampu merenangi gelombang krisis kewangan tahun 1997, tanpa pertumpahan darah seperti di negara jiran kita, kerana adanya Dasar Ekonomi Baru yang berjaya menenggelamkan api kecemburuan kaum di kalangan kita.

Last Updated on Oct022011
   

Page 1 of 2