Feb012009
Print
Tengku Razaleigh Hamzah

Five Proposal for UMNO / Lima Cadangan

(Video inside)

The following are my proposals for the reform of Umno

  1. The president, deputy president, vice presidents and members of the supreme council  to be elected directly.  This ends the delegate system.
  2. State party chiefs to be elected by the membership at state level, not appointed by the president.
  3. The nominations quotas to be abolished
  4. Parliamentary candidates to be nominated by their Divisions, not by the party president.
  5. Top office holders in the party to refrain from holding top government positions.  This is to separate party politics from the responsibilities of government. Office holders in the party should concentrated on strengthening and improving the party. Members of the cabinet, selected from among the party’s members of parliament, should focus on national priorities.

These reform proposals address the structural issues which make it impossible to eradicate corruption in Umno today with piecemeal changes. The rot in Umno is has gone so deep that it requires wholesale structural reform. Because such change will lead to a renewal of Umno’s entire leadership, the beneficiaries of the current system, however blatantly unjust or illegal it is, will block such proposals and throw up superficial measures and token changes instead. In just this way their response to the humiliation of  March 8 was a project to Rebrand BN, as if the public could be satisfied with a change of packaging when the product is the problem.

Beyond just addressing corruption in the party, these proposals aim to

  1. decentralize power in Umno, and make it a grassroots driven party again
  2. restore democracy to Umno, and thereby its legitimacy
  3. make Umno accountable, and thereby more responsive to its members and the rakyat
  4. separate Umno’s internal political processes from the service we perform to the nation in government
  5. open the doors to young people of talent and energy, thereby revitalizing the party and giving it a future

These proposals, which I have made since March last year in travels all over the country to meet branch leaders and ordinary members,  have been blocked out of the mainstream press. I hope they reach a wider audience here, are passed on, and stimulate the serious discussion that must occur in Umno before it is too late.

What’s important is not that Umno members agree with me, but that if they too see their party in serious crisis, they should be willing to reflect and act on change at a fundamental level, and not accept just an aspirin when an organ transplant is what’s needed.

Courtesy of Astro Awani

Dim lights Embed Embed this video on your site

 

 

 


Berikut adalah cadangan pembaharuan Umno saya:

  1. Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan anggota majlis tertinggi hendaklah diundi secara langsung. Dengan itu, tiada lagi sistem perwakilan.
  2. Ketua parti negeri hendaklah dipilih melalui undian oleh para anggota pada peringkat negeri, dan bukan dilantik oleh presiden.
  3. Sistem kuota dalam penamaan calon hendaklah dimansuhkan
  4. Penamaan calon ahli parlimen hendaklah dibuat oleh Bahagian dan bukan oleh presiden parti.
  5. Pemegang jawatan tinggi-tingi dalam parti hendaklah tidak menjawat kedudukan tertinggi dalam kerajaan. Ini bertujuan untuk mengasingkan politik parti daripada tanggungjawab menerajui kerajaan. Fokus para pemegang jawatan dalam parti hendaklah pada usaha ke arah pengukuhan dan penambahbaikan parti. Para anggota kabinet, yang terpilih daripada kalangan anggota parti yang menjadi ahli parlimen, hendaklah menumpukan perhatian kepada keutamaan nasional.

Barisan syor pemulihan menyeluruh ini menangani isu-isu struktur yang menghalang kejayaan usaha membasmi rasuah dalam Umno melalui perubahan otek-otek yakni sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Begitu teruk menjalarnya pelbagai gejala perosak hinggakan reformasi struktur secara menyeluruh sebegini diperlukan kini. Segala perubahan seperti yang dicadangkan menjurus kepada pembaharuan keseluruhan kepimpinan Umno maka usah hairan betapa kalangan yang keberuntungan hasil sistem yang sedia ada, pasti sanggup melakukan apa saja, demi menguburkan cadangan sedemikian. Sebaliknya mereka akan cuba mengetengahkan langkah-langkah superfisial lagi dangkal serta perubahan ala melepaskan batuk di tangga. Bukankah begitu respons mereka terhadap aib yang terpalit bahana PRU 8 Mac 2008 yakni usaha penjenamaan semula BN, seolah-olah rakyat tentunya puas hati dengan perubahan pek sahaja sedangkan yang menjadi masalah ialah produk di dalamnya.

Syor-syor ini melewati usaha menangani rasuah dalam parti dan juga bertujuan untuk

  1. mengagihkan kuasa pusat dalam Umno, dan mengembalikannya sebagai parti yang dipacu oleh gerakan dari akar umbinya
  2. memulihkan demokrasi Umno dan dengan itu mengembalikan kesahan dan kewibawaannya
  3. membawa kebertanggungjawaban ke dalam Umno agar ia memberikan respons yang lebih baik kepada para anggotanya serta rakyat umum
  4. menyisihkan proses politik dalam Umno daripada perkhidmatan yang kita curahkan dalam kerajaan demi negara kita
  5. membuka pintu kepada kalangan warga muda yang berbakat dan bertenaga lantas menyegarkan semula parti agar parti ada harapan masa depan

Segala syor yang saya utarakan sejak Mac tahun lalu dalam usaha saya menjelajah seantero negara kita ini untuk menemui dan berbincang dengan para pemimpin tempatan dan anggota biasa parti, telah disekat daripada terpapar dalam media arus perdana. Semoga paparannya dalam ruang ini menyampaikannya kepada khalayak yang lebih ramai serta tersebar dan merangsang perbincangan serius yang perlu berlaku dalam Umno sebelum terlambat pabila “sesal kemudian tiada gunanya” lagi.

Yang penting bukanlah agar para anggota Umno sependapat dengan saya tetapi harapan semoga mereka yang turut sedar betapa parti mereka sedang dalam kancah krisis yang serius akan sedia merenungi serta bertindak agar berlaku perubahan asas yang sewajarnya. Yang kita tak dapat terima ialah perbuatan menerima saja panadol yang dihulurkan sedang yang memang diperlukan ialah pembedahan memindahkan organ.