Sep242011
Print
Tengku Razaleigh Hamzah

Soalan Lisan Oktober-November 2011

 

Hari Selasa, 4.10.11

1. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana benarnya krisis ekonomi yang melanda  Amerika dan Eropah tidak menjejaskan kestabilan serta perkembangan ekonomi negara sebagaimana dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan lalu.

Hari Selasa, 11.10.11

2. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan apakah  jaminan kerajaan mutu penyiaran yang disalurkan oleh stesyen TV swasta benar-benar  setimpal dengan kadar harga yang dikenakan serta berapa lamakah hak eksklusif diberikan kepada syarikat Astro.

 

Hari Selasa, 18.10.11

3. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan  tindakan kerajaan menghadapi ancaman krisis makanan global di mana bekalan beberapa jenis makanan bakal berkurangan di pasaran supaya rakyat juga terhindar dari ancaman kekurangan beras memandangkan simpanan beras negara yang hanya berjumlah 360,000 tan cukup bagi tempoh satu bulan sahaja.

 

Hari Selasa, 8.11.11

4. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri menyatakan berapakah sebenarnya jumlah Pendatang Tanpa Izin yang berada di negara ini dan apakah bentuk kawalan dilakukan demi menjamin negara terhindar dari kebanjiran pendatang tersebut.

 

Hari Selasa, 22.11.11

5. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) minta Perdana Menteri menyatakan kriteria yang menyebabkan Syarikat Mydin dipilih untuk mengujudkan Kedai 1Malaysia dan dari dana manakah peruntukan RM 1billion dibuat dan apakah syarat-syarat yang dikena untuk mengguna peruntukan tersebut dan apakah penalti sekiranya Syarikat Mydin gagal menjayakan objektif penubuhan Kedai 1Malaysia.

 

Last Updated on Oct022011